About

Hola!! Welcome to my blog!!

Saya Izzah dan ini blog peribadi saya.

Mama hadiahkan saya blog ini sejak umur saya 2 tahun. Masa tu saya adalah baby termuda yang ada blog peribadi sendiri menggunakan WordPress…yeha!

Tapi sekarang adik saya, Irfan dah merampas title tu dari saya. Irfan dah ada blog peribadi sejak dari dalam kandungan mama lagi. Hebat betul…he he he.

Blog saya ni dah lama tak update. Ye lah… tukang update blog iaitu mama saya dulu tak sihat sebab mengandungkan adik saya. Sedar tak sedar sudah setahun lebih blog ni terbiar.

Bukan setakat bersawang tapi dah tumbuh lalang dan jadi tempat segala unggas dan mergastua melepak…ekekeke.

Hmmm… nampaknya mama dah kembali semangat berblogging. Siap ada jadual blogging tewwww.

Perkara pertama mama buat ialah tukar header saya. Kemudian tukar bahasa utama blog saya dari English kepada Bahasa Melayu.

Saya baru berumur 6 tahun dan belum pandai menaip so tak boleh lah saya nak merapu dalam blog saya ni. Mama sebagai pentadbir, penulis dan pemantau blog saya ni. Saya hanya jalani hidup saya dan mama merekodnya dalam blog ini.

Semua gambar saya dalam blog ini adalah hasil tangkapan mama seorang photographer kanak-kanak. Dulu mama pernah buat servis fotografi bayi dan kanak-kanak tapi sekarang tak lagi. Mama tak cukup masa sebab masa dia kini hanya untuk saya dan adik. Sayang mama!