Hai semua! Majlis Hari Anugerah Homeroom dan Apresiasi Kokurikulum MRSM Bentong 2021 telah dibuat secara online pada 19 Mac 2022.
Majlis dimulakan dengan pengumuman penerima Anugerah Homeroom MRSM Bentong 2021 untuk semua tingkatan dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4. Selepas selesai Anugerah Homeroom barulah diumumkan penerima Anugerah Kokurikulum MRSM Benrong 2021.
Anugerah Homeroom MRSM Bentong
Ada beberapa kategori penerima anugerah untuk Anugerah Homeroom MRSM Bentong iaitu :
1) Anugerah Akademik Homeroom Cemerlang
Kriteria penerima Anugerah Akademik Homeroom Cemerlang ialah berdasarkan pencapaian gred purata akademik kesemua ahli homeroom dalam peperiksaan akhir tahun 2021. Anugerah Akademik Homeroom Cemerlang ini diberikan kepada homeroom setiap tingkatan.
2) Anugerah Setiausaha Homeroom Cemerlang
Satu lagi anugerah homeroom ialah Anugerah Setiausaha Homeroom Cemerlang.
Kriteria pemenang Anugerah Setiausaha Homeroom Cemerlang ialah berdasarkan laporan fail homeroom yang disemak oleh Penyelaras Homeroom dan pihak pengurusan menggunakan medium aplikasi TEAMS.
Pemarkahan dikira dari segi penyediaan laporan, kekemasan fail, fail yang kreatif, cantik dan menarik. Anugerah Setiausaha Homeroom Cemerlang ini diberikan kepada homeroom setiap tingkatan.
3) Anugerah Presiden Homeroom Cemerlang
Anugerah homeroom seterusnya ialah Anugerah Presiden Homeroom Cemerlang.
Kriteria pemenang Anugerah Presiden Homeroom Cemerlang ialah berdasarkan penilaian kendiri jati diri presiden homeroom, maklum balas daripada ahli homeroom dan penilaian guru homeroom menggunakan borang soal selidik kepimpinan daripada kaunselor.
Anugerah ini melihat pada aspek kualiti kepimpinan yang unggul melalui amanah yang diberi sepanjang menjadi presiden homeroom pada tahun 2021. Anugerah Presiden Homeroom Cemerlang ini diberikan kepada homeroom setiap tingkatan.
4) Anugerah Merit Homeroom Cemerlang
Satu lagu anugerah homeroom ialah Anugerah Merit Homeroom Cemerlang.
Kriteria pemenang Anugerah Merit Homeroom Cemerlang ini adalah berdasarkan pengumpulan markah merit dari awal tahun mengikut homeroom yang meliputi semua aktiviti yang dianjurkan oleh maktab sama ada dalam bidang akademik, sukan dan permainan atau kokurikulum. Anugerah Merit Homeroom Cemerlang ini diberikan kepada homeroom setiap tingkatan.
5) Anugerah Merit Individu Homeroom Cemerlang
Anugerah homeroom seterusnya ialah Anugerah Merit Individu Homeroom Cemerlang.
Kriteria pemenang Anugerah Merit Individu Homeroom Cemerlang ini ialah berdasarkan pengumpulan markah merit individu dari awal tahun yang meliputi semua aktiviti yang dianjurkan oleh maktab sama ada dalam bidang akademik, sukan dan permainan dan kokurikulum.
Anugerah Merit Individu Homeroom Cemerlang ini diberikan kepada seorang pelajar lelaki dan perempuan dari setiap tingkatan.
6) Anugerah Penasihat Homeroom Cemerlang
Kalau tadi semua anugerah homeroom tu untuk pelajar homeroom kan? Ha. Untuk cikgu homeroom pun ada anugerah juga iaitu Anugerah Penasihat Homeroom Cemerlang.
Kriteria penerima Anugerah Penasihat Homeroom Cemerlang adalah berdasarkan pemilihan pihak pengurusan, komitmen guru cemerlang secara keseluruhan yang merangkumi akademik, aktiviti kokurikulum, keusahawanan, sahsiah dan sebagainya.
Anugerah Penasihat Homeroom Cemerlang ini diberikan kepada guru homeroom dari setiap tingkatan.
7) Anugerah Homeroom Cemerlang
Anugerah homeroom yang terakhir ialah Anugerah Homeroom Cemerlang.
Kriteria penerima Anugerah Homeroom Cemerlang adalah berdasarkan kecemerlangan secara keseluruhan yang merangkumi bidang akademik, aktiviti kokurikulum, keusahawanan, sahsiah dan sebagainya. Pememang juga sifar jenayah Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) dan Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Maktab (JDRM).
Anugerah Homeroom Cemerlang ini diberikan kepada satu homeroom dari kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas.
Anugerah Kokurikulum MRSM Bentong
Sekarang saya nak cerita tentang Anugerah Kokurikulum pula. Anugerah kokurikulum ini ada beberapa kategori iaitu :
1) Anugerah Khas Kokurikulum
Anugerah Khas Kokurikulum ini ada 3 kategori iaitu Anugerah Gangsa, Anugerah Perak dan Anugerah Emas.
Kriteria pemenang Anugerah Khas Gangsa ialah penilaian yang dibuat berdasarkan pencapaian tertinggi pelajar dalam mana-mana dua bidang kokurikulum iaitu Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan, Badan Uniform dan Ko-Akademik, dengan markah 80 dan ke atas.
Kriteria pemenang Anugerah Khas Perak ialah penilaian yang dibuat berdasarkan pencapaian tertinggi pelajar dalam mana-mana dua bidang kokurikulum iaitu Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan, Badan Uniform dan Ko-Akademik, dengan satu bidang markah 85 dan ke atas, dan satu bidang lagi markah 80 dan ke atas.
Kriteria pemenang Anugerah Khas Emas ialah penilaian yang dibuat berdasarkan pencapaian tertinggi pelajar dalam mana-mana dua bidang kokurikulum iaitu Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan, Badan Uniform dan Ko-Akademik, dengan markah 85 dan ke atas.
Penerima Anugerah Khas Kokurikulum ini ada ramai sebab sesiapa yang memenuhi kriteria tu semua akan dapat anugerah.
Alhamdulillah. Saya ialah salah seorang pemenang Anugerah Khas Emas Kokurikulum MRSM Bentong 2021.
2) Anugerah Tunas Kokurikulum Menengah Rendah
Anugerah kokurikulum seterusnya ialah Anugerah Tunas Kokurikulum Menengah Rendah.
Pemenang Anugerah Tunas Kokurikulum dinilai berdasarkan pencapaian tertinggi pelajar dalam mana-mana dua bidang Kokurikulum ialah Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan, Badan Uniform dan Ko-Akademik.
Anugerah Tunas Kokurikulum diberikan kepada seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan bagi pelajar menengah rendah.Maksudnya hanya seorang pelajar lelaki dan perempuan dari Tingkatan 1 hingga 3 yang akan dapat anugerah ini.
Alhamdulillah. Saya berjaya menjadi pemenang Anugerah Tunas Kokurikulum Menengah Rendah MRSM Bentong 2021.
3) Anugerah Tokoh Kukurikulum Menengah Atas
Anugerah kokurikulum seterusnya ialah Anugerah Tokoh Kokurikulum Menengah Atas.
Pemenang Anugerah Tokoh Kokurikulum dinilai berdasarkan pencapaian tertinggi pelajar dalam mana-mana dua bidang Kokurikulum ialah Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan, Badan Uniform dan Ko-Akademik.
Anugerah Tokoh Kokurikulum diberikan kepada seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan bagi pelajar menengah atas. Maksudnya hanya seorang pelajar lelaki dan perempuan dari Tingkatan 4 hingga 5 yang akan dapat anugerah ini.
Pemenang Anugerah Emas & Anugerah Tunas Kokurikulum 2021
Saya berjaya mendapat Anugerah Khas Emas Kokurikulum MRSM Bentong dan seterusnya layak untuk dicalonkan sebagai penerima Anugerah Tunas Kokurikulum MRSM Bentong bagi kategori Menengah Rendah.
Saya dah tahu saya dapat Anugerah Khas Emas Kokurikulum tu bila cikgu minta maklumat peribadi saya sebagai penerima Anugerah Khas Emas. Tapi saya memang betul tak sangka yang boleh dapat juga Anugerah Tunas Kokurikulum MRSM Bentong 2021. Sebab masa tu kan saya baru Form1. Saya tak tahu pun ada anugerah ni. Persaingan di kalangan senior Form 2 dan 3 Tahun 2021 pun ramai.
Masa Ms Jiah minta gambar saya untuk dimasukkan dalam slide UPHR, saya tak syak apa-apa pun. Sebab mungkin gambar semua pemenang Anugerah Khas Emas akan masuk slide tu kan. Tapi rupa-rupanya saya dah menang Anugerah Tunas Kokurikulum MRSM Bentong 2021. Alhamdulillah!
Sebagai pemenang Anugerah Kokurikulum MRSM Bentong, apa yang saya dapat ialah :
- Anugerah Khas Emas – wang tunai RM150
- Anugerah Tunas Kokurikulum – sijil Anugerah Tunas Kokurikulum
Saya rasa nilai hadiah wang tunai yang diterima pemenang anugerah khas kokurikulum berbeza ikut anugerah.
- Anugerah Khas Gangsa – wang tunai RM50
- Anugerah Khas Perak – wang tunai RM100
- Anugerah Khas Emas – wang tunai RM150
Tiada sijil diberikan kepada pemenang Anugerah Khas Gangsa / Perak / Emas. Hanya penerima Anugerah Tunas Kokurikulum dan Anugerah Tokoh Kokurikulum sahaja yang akan mendapat sijil.