Balik Asrama | Balik MRSM Bentong Selepas 3 Bulan PDPR

Hai semua! Selepas berbulan-bulan PDPR tahun ini, akhirnya saya sudah boleh balik asrama! Kali terakhir saya balik MRSM Bentong dan belajar secara bersemuka di maktab ialah pada bulan November 2021. Lepas tu cuti sekolah hampir sebulan. Kita enjoy!

Balik Asrama Balik MRSM Bentong

Tetapi, apabila sekolah dibuka pada bulan Januari 2022, semua pelajar kena PDPR lagi sekali!! Hahah! Rasanya dekat 3 bulan juga kena PDPR yang bersambung dengan cuti sekolah bulan Mac 2022 tu.

Penat tau PDPR ni. Honestly, saya tak suka sangat PDPR. Ya memang duduk kat rumah tu  best. Tapi kena belajar dari rumah tu sesuatu yang memenatkan.

Bukannya tak suka langsung. Saya suka lah bab tak payah pergi sekolah, tak payah pakai baju sekolah dan tak kena marah dengan cikgu depan-depan tu. Eh! Kantoi pulak hahahah!

Tapi bila PDPR ni kena guna phone atau laptop untuk belajar online tu yang tak berapa best. Sakit mata lama sangat hadap skrin telefon dan laptop. Saya rasa mata saya ni macam ada sikit kerabunan dah. PDPR punya pasal lah ni. Bayangkan. Sejak tahun 2020 hingga 2022 PDPR

Ok. Saya balik asrama MRSM Bentong pada 4 April 2022. Dah masuk bulan puasa! Jadi, nampaknya sebulan lah saya berpuasa kat asrama MRSM. Macam tahun lepas jugak lah.

Masa nak berangkat balik MRSM tu, adik saya buat drama air mata lah pulak. Menangis kesedihan pulak si Irfan ni. Irdina tu relek je maintain comel. Yang si boy pulak mengada nangis. Sayang jugak adik saya pada saya ya. Terharunya! Haha!

Mama tak sempat beli biskut dan jajan sebagai makanan balik asrama. Jadi, on the way ke MRSM Bentong tu, kami singgah dulu di EcoShop Bentong. Saya beli banyak jajans. Tapi rasa macam tak cukup je ni. Macam cepat habis je ni. Hantu jajan betul lah. Haha!

Saya sampai asrama dah dekat pukul 3 petang. Kena angkat beg-beg saya tu naik ke tingkat 1. Berpeluh-peluh saya ni ha. Kalau dapat minum air sirap ais ni sedap ni. Tapi puasa lah! Boleh pulak bayangkan nak minum sirap ais.

Walaupun berpuasa, saya telah berjaya mengangkat semua barang dan beg saya ke tingkat satu asrama dengah gaha perkasa. Nanti kena kemas barang dalam locker pulak. Air! Air! Mana air!

Balik Asrama Balik MRSM Bentong

Tak sabar nak balik raya pulak ni. Eh! Baru sampai dah nak balik. Tiber!

Tonton Video Saya Balik Asrama MRSM Di Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *