Digital Competency Score (DCS) adalah satu pentaksiran kemahiran komputer untuk murid sekolah rendah (Tahun 6) dan murid sekolah menengah (Tingkatan 3 & 5).
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).
Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.
Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut.
Panduan Digital Competency Score (DCS)
Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS) adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.
Digital Competency Score telah bermula pada tahun 2016 di Malaysia. Pada tahun ini, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Penilaian ini buat masa ini dikhususkan hanya kepada 40 orang murid-murid Tahun 6 sahaja, dan murid Tingkatan 3 & 5.
Penilaian Digital Competency Score dijalankan berdasarkan permainan TAPIR HERO – Bring Back The Sun. Murid yang berjaya menghabiskan permainan Tapir Hero ini akan diberikan Sijil Pengiktirafan DCS dari MDEC KPM dan direkodkan penglibatan mereka dalam laporan PAJSK.
Tahap Digital Competency Score (DCS)
Terdapat 3 tahap pencapaian dalam Digital Competency Score iaitu.
- Digital Innovator (Stars of Grand Neo)
- Digital Advance (Stars of Neo)
- Digital Intermediate (Stars of Moffious)
Sijil pengiktirafan pencapaian tahap Digital Competency Score DCS dijana sejurus murid selesai menjawab level ke 20 permainan Tapir Hero – Bring Back The Sun.
Murid boleh muat turun sijil serta merta atau bila-bila masa pada masa akan datang.
Contoh Soalan Digital Competency Score (DCS)
Ujian Digital Competency Score menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. Terdapat 20 soalan yang perlu dijawab dalam masa yang ditetapkan. Setiap satu soalan diberikan masa selama 4 minit.
Kebanyakan soalan Digital Competency Score adalah soalan berkaitan penggunaan komputer, internet dan media sosial.
Terdapat soalan berkaitan peralatan, etika penggunaan dan keselamatan media sosial.
Ada juga beberapa soalan ujian minda, sains dan matematik yang mencabar kepantasan murid berfikir dalam masa yang singkat.
Pelaksanaan Digital Competency Score 2020
Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score – DCS Tahun 2020 adalah seperti berikut :
- 1 Ogos hingga 30 September 2020 (Sekolah Menengah T3 dan T5)
- 1 Oktober hingga 30 November (Sekolah Rendah T6)