Ebook Matematik | Sifirlicious Modul Matematik Dengan 9 Teknik Kuasai Sifir Bagus Untuk Anak Belajar Sifir Cara Mudah

“Sifirlicious! Sifirlicious, sifirlicious…,” begini igaun anak kita setelah menghafal sifir menggunakan kaedah dalam ebook SIFIRLICIOUS Cikgu Fadli, cikgu matematik yang tular. Pasti ramai yang kenal.

Sifirlicious merupakan modul yang sangat bagus untuk anak-anak kuasai sifir. Ia mengumpulkan 9 teknik kuasai sifir dengan mudah lengkap dengan video pengajaran.

Sifirlicious Teknik Bina Sifir Cikgu Fadli

Sangat-sangat disyorkan untuk anak bermula darjah 2 – 6 ya. Sifir adalah JANTUNG MATEMATIK.

Semasa bersekolah dahulu, ujian minda menghafal sifir sangat ditakuti. Cikgu matematik yang kebanyakannya garang menyinga. Terasa macam hendak luruh jantung.

Cikgu menyoal secara rawak hafalan sifir 2 hingga 12 [unit ukuran panjang kaki ( ‘ ) dan inci ( ” )] dan sifir 16 (unit ukuran berat 1 paun = 16 auns).

Sesiapa yang tidak dapat menjawap, kena denda sama ada jentik telinga, cubit perut dengan cara memulas, pukul tapak tangan atau berdiri atas kerusi.

Pelajar yang tidak tahan sakit, rela berdiri atas kerusi. Fikiran mereka malu sehari sahaja, denda lain mahu dua, tiga hari juga lebamnya.

Sifirlicious Teknik Bina Sifir Cikgu Fadli

Ibu bapa zaman dahulu, menyerah sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran anak-anak kepada cikgu. Ada sanggup serahkan sebatang rotan kepada guru darjah anak-anak. Simbolik sungguh menandakan guru itu garang.

Kami dahulu, jikalau nampak cikgu pegang rotan. Tahu cikgu itu garang. Tidak perlu ada cikgu disiplin seperti sekarang. Lihat cikgu itu jauh lagi, kami cuba elak bertembung, ikut jalan lain.

Jikalau ditakdirkan bertembung juga, senyum dan ucap selamat perlu dilakukan, sambil tunduk serendah yang mungkin. Perasaan hormat dan takut dimarahi bercampur-gaul. Itulah penangan mendapat cikgu matematik yang garang.

Sekarang, cikgu matematik yang datang rumah tau. Tidak takut pun belajar matematik, boleh lihat berulang-ulang kali dan semakin mudah menghafal sifir.

Hafal sifir, mudah membuat latihan matematik. Boleh laju mengira, macam ada kalkulator dalam kepala.

ORDER SIFIRLICIOUS SEKARANG! – Tekan Sini

*Ini adalah produk digital dalam bentuk fail PDF. Anda boleh download dan cetak.