Penangguhan PKSK | Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2020 Bagi Negeri Sabah & Selangor Ditangguhkan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikenakan kepada beberapa kawasan di negeri Sabah dan Selangor berikutan penularan wabak Covid 19. PKPB ini bermula dari 9 – 23 Oktober 2020.

PKPB terbaru ini menimbulkan kerisauan kepada ibubapa kepada anak-anak yang dijadualkan menduduki ujian PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) bermula dari 12 – 23 Oktober di kawasan yang terlibat.

Berita dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang penangguhan PKSK bagi negeri Sabah dan Selangor memberikan nafas lega kepada mereka yang terkesan dengan pelaksanaan PKPB.

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus PKSK 2020

Sila rujuk laman web dan FB rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat lanjut.

Facebook KPM : https://web.facebook.com/KemPendidikan/posts/3581871011851535

Laman Web KPM : https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/penangguhan-pksk2020-sab-sel

Semakan Penempatan Semula PKSK Sabah & Selangor

Sila semak semula tarikh dan pusat PKSK pada hari AHAD 11 Oktober 2020 bermula jam 12 tengahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *