Permohonan MRSM 2023 telah dibuka bermula 1 September sehingga 4 November 2022.
Sistem permohonan online MRSM 2023 untuk kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4 ini, dibuka selama 2 bulan. Ada banyak masa lagi untuk memohon.
MRSM ada 6 jenis aliran atau program iaitu Premier, IGCSE, Ulul Albab, Teknikal, IB-MYP dan Bitara. Setiap program MRSM tu ada ujian kemasukan yang berbeza. Silibus pembelajaran dan yuran pun ada yang tak sama.
Semasa permohonan MRSM calon boleh letak maksima 3 pilihan MRSM iaitu pilihan pertama, pilihan kedua dan pilihan ketiga. Jadi, boleh fikir masak-masak dulu nak mohon program MRSM yang mana satu.
JENIS UJIAN KEMASUKAN MRSM 2023
Saya bagi sedikit ringkasan tentang ujian yang perlu diduduki calon kemasukan tahun 2023 bagi setiap jenis program.
- MRSM Premier, MRSM IB-MYP dan MRSM Bitara – ujian UKKM sahaja
- MRSM IGCSE – ujian UKKM dan Ujian Khas IGCSE
- MRSM Ulul Albab – ujian UKKM dan Ujian Khas Ulul Albab
- MRSM Teknikal – ujian UKKM dan Ujian Teknikal
Semua program MRSM kena buat UKKM. Tapi ada program yang ada ujian tambahan masing-masing.
Kenapa maklumat ini penting? Sebab kalau calon nak masuk MRSM IGCSE, MRSM Ulul Albab dan MRSM Teknikal, calon wajib letak nama MRSM yang ada program tu sebagai pilihan pertama. Sebab buat masa ni, hanya pilihan pertama sahaja akan dipanggil untuk buat ujian khas bagi MRSM tersebut.
Contohnya, kalau betul-betul nak masuk MRSM Teknikal, kena letak MRSM Bentong sebagai pilihan pertama barulah akan dipanggil buat UKKM dan Ujian Teknikal.
Sama juga jika nak masuk MRSM IGCSE atau MRSM Ulul Albab. Kena letak sebagai pilihan pertama untuk dipanggil buat Ujian Khas IGCSE atau Ujian Khas Ulul Albab.
Kalau nak tahu lebih lanjut MRSM mana yang tawarkan program MRSM tu beserta lokasi, boleh scroll video-video saya yang sebelum ini. Kalau ada masa mungkin saya akan buat video baru untuk cerita tentang setiap program MRSM dan lokasi tu.
Ada MRSM yang hanya boleh dimohon oleh calon Tingkatan 1 dan ada MRSM yang hanya boleh dimohon oleh calon Tingkatan 4.
MRSM Premier boleh dimohon oleh calon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Manakala, MRSM Bitara hanya dibuka untuk calon Tingkatan 4 sahaja.
MRSM lain iaitu MRSM IGCSE, MRSM Ulul Albab, MRSM Teknikal dan MRSM IB_MYP hanya boleh dimohon oleh calon Tingkatan 1 sahaja.
Kalau dah letak 3 pilihan dan kemudiannya berubah fikiran nak pilih MRSM lain, macam mana tu? Jangan risau. Sebab calon masih boleh ubah 3 pilihan MRSM tu selagi tarikh permohonan belum tamat.
SYARAT PERMOHONAN MRSM 2023
Syarat-syarat untuk kemasukan MRSM 2023 ialah :
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.
- Calon perlu memohon dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2023
- Calon wajib menduduki:
Ujian Teknikal bagi pilihan MRSM Program Teknikal, atau
Ujian Khas Ulul Albab bagi pilihan MRSM Program Ulul Albab atau
Ujian Khas IGCSE bagi pilihan MRSM Program IGCSE. - Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
- Umur Persekolahan Calon:
Tingkatan 1 2023 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011, atau
Tingkatan 4 2023 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008. - Ibu bapa/ penjaga tidak disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MRSM 2023
Jom tengok syarat-syarat kemasukan MRSM 2023 satu persatu.
1.. Calon warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah warganegara Malaysia baru boleh masuk MRSM.
2.. Ibu dan / atau bapa warganegara Malaysia.
Jika salah seorang ibu atau bapa, atau kedua-duanya adalah warganegara Malaysia, korang boleh mohon untuk masuk MRSM.
Contohnya, jika ibu warganegara Malaysia tapi bapa warganegara asing, atau sebaliknya, korang masih boleh masuk MRSM.
3.. Permohonan MRSM 2023 secara ONLINE SAHAJA dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
Permohonan MRSM ni kena buat secara online sahaja. Link permohonan iaitu : https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
Bagi calon yang ada masalah internet, sila dapatkan bantuan guru atau ahli keluarga lain untuk memohon.
Semua pemohon yang layak akan dipanggil untuk menduduki ujian UKKM di pusat UKKM yang ditetapkan oleh MARA. Pusat UKKM ni kita tak boleh pilih tau. Kalau bernasib baik dapat yang dekat. Tapi kalau dapat yang jauh, kena bersedialah untuk pergi.
Tu baru pusat UKKM jauh. Belum lagi tahu MRSM mana akan ditempatkan. Kalau nak jadi pelajar MRSM, kena terima walau dapat MRSM yang jauh dari rumah. Jangan merungut dan bersyukurlah sebab ramai yang nak sangat masuk tapi tak dapat.
Ha! Dah jadi pelajar MRSM lagi lah banyak cabarannya tau. Bukan calang-calang orang boleh hadap cabaran untuk jadi pelajar MRSM ni. Haha!
4.. Calon wajib menduduki
- Ujian Teknikal bagi pilihan MRSM Program Teknikal, atau
- Ujian Khas Ulul Albab bagi pilihan MRSM Program Ulul Albab atau
- Ujian Khas IGCSE bagi pilihan MRSM Program IGCSE.
Tahun lepas saya ada buat video cerita tentang Ujian Teknikal dan Ujian Khas Ulul Albab. Ujian Khas IGCSE pula baru tahun ni ada.
Ok. Saya rasa nanti saya buat video baru lah untuk Ujian Teknikal dan Ujian Khas Ulul Albab. Ada maklumat berdasarkan ujian tahun lepas yang korang perlu tahu. Ujian Khas IGCSE tu pulak tak tahu lagi macam mana.
5.. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
Pemohon mesti sihat tubuh badan dan mampu berdikari untuk masuk MRSM. Syarat ni penting sebab MRSM ni style pembelajaran seperti universiti. Kalau rasa korang jenis yang nak harap cikgu suap semua benda tu, saya rasa tak sesuai kot masuk MRSM.
6.. Umur Persekolahan bagi calon Tingkatan 1 2022 ialah yang lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011. Bagi calon Tingkatan 4 2022 iala yang lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008.
7.. Ibubapa/penjaga bukan peminjam atau penjamin yang DISENARAI HITAM atau BLACKLIST MARA.
Jika ibubapa pernah membuat pinjaman atau menjadi penjamin dengan pihak MARA, kena pastikan ibubapa tidak disenaraihitamkan oleh MARA.
Ibubapa boleh berhubung dengan Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk pastikan nama tidak disenarai hitam.
Saya rasa ibubapa wajib buat semakan blacklist ni secepat mungkin. Sebab tahun lepas, ada ramai calon yang sebenarnya lulus UKKM dan layak masuk MRSM tapi tidak dapat MRSM. Bila disemak, rupa-rupanya ibu atau bapa telah disenaraihitam oleh MARA.
Ibubapa boleh check online di https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/_semakUser.aspx Tapi untuk pengesahan, saya rasa lebih baik call terus Bahagian Kawalan Kredit MARA.
Selepas settlekan bayaran dan bukti bayaran pinjaman diterima oleh MARA, nama ibubapa diputihkan, barulah anak ditawarkan masuk MRSM. Jadi, semakan senarai hitam ini sangat penting sebab ada parents yang lupa pernah jadi penjamin kepada peminjam.
8.. Keutamaan kepada KELUARGA YG BERPENDAPATAN RENDAH yang memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan.
Syarat ni maksudnya 60% tempat akan diberikan kepada calon dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang memenuhi semua syarat permohonan dan lulus cemerlang UKKM. Bagi golongan M40 atau T20 pun ada tempat juga. Jadi, jangan risau. Buat UKKM tu betul-betul, insyallah dapat masuk MRSM.
Ok. Itu saja perkongsian saya tentang syarat-syarat Permohonan MRSM 2023. Nanti saya akan video baru tentang maklumat yang diperlukan untuk isi borang permohonan MRSM 2023. Ada beberapa perubahan jadi nanti la ye saya update. Jangan lupa subscribe channel saya. Bye-bye!