Kangaroo Math Competition Malaysia 2020 sepatutnya berlangsung pada 26 Mach 2020. Tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19, pertandingan ini telah ditangguhkan selama 4 bulan.
Tarikh baru Kangaroo Math Malaysia ialah 6 Ogos 2020.
Apakah Kangaroo Math?
Kangaroo Math adalah pertandingan matematik yang mencabar minda peserta mengikut kategori umur.
Soalan-soalan Kangaroo Math Competition menekankan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang akan dijawab oleh para peserta serentak di seluruh dunia. Soalan-soalan ini memang menguji kemahiran berfikir khususnya dalam aplikasi.
Sekretariat Kangaroo Malaysia menganjurkan pertandingan ini di negara kita sejak tahun 2013 selepas setahun dipilih menjadi ahli Association Kangourou sans Frontieres (AKSF) atau Pertubuhan Kangaroo Tanpa Sempadan – penganjur KMC peringkat dunia yang berpusat di Paris, Perancis.
Soalan objektif disediakan dalam empat bahasa utama di negara kita, iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil sebagai satu pendekatan pendemokrasian pendidikan kepada segenap lapisan pelajar daripada pelbagai aliran persekolahan di seluruh Malaysia.
Pertandingan Kangaroo Math Malaysia dijalankan dalam satu pusingan tanpa saringan ini mengenakan yuran penyertaan RM22 (penyertaan sekolah) dan RM45 (penyertaan individu).
Biasanya kertas soalan Kangaroo Math Competition akan diedarkan terus kepada sekolah yang berdaftar atau pusat pertandingan terpilih.
Tetapi disebakan pandemik Covid-19, peserta individu akan menduduki pertandingan ini secara online. Manakala peserta sekolah diberi pilihan samada untuk dibuat seperti biasa atau secara online di sekolah.
Kategori Kangaroo Math Competition
Kangaroo Math Competition Malaysia dibuak untuk peserta dari sekolah rendah dan sekolah menengah mengikut kategori umur.
Kategori peserta Kangaroo Math Malaysia peringkat sekolah rendah ialah:
- Pre-Ecolier : Tahun 1 dan 2 (umur 7-8 tahun)
- Ecolier : Tahun 3 dan 4 (umur 9-10 tahun)
- Benjamin : Tahun 5 dan 6 (umur 11-12 tahun)
Kategori peserta Kangaroo Math Malaysia peringkat sekolah menengah ialah:
- Cadet : Tingkatan 1 dan 2
- Junior : Tingkatan 3 dan 4
- Student : Tingkatan 5 dan 6
Maklumat lanjut Kangaroo Math Malaysia : https://www.kangaroomath.com.my