PKSK | Contoh Soalan PKSK Artikulasi Penulisan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus – Soalan Esei Karangan PKSK 2020

ARTIKULASI PENULISAN adalah salah satu bahagian dalam Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Peratusan markah bagi setiap komponen PKSK ialah:

  • Artikulasi Penulisan (10%)
  • Kecerdasan Insaniah (20%)
  • Kecerdasan Intelektual (70%)

Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.

Contoh Soalan Artikulasi Penulisan PKSK 2020

Komponen PKSK Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) 20%

Soalan PKSK Bahagian A meliputi kecerdasan emosi, rohani dan insaniah

Bahagian B – Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am / Penyelesaian Masalah) 70%

Soalan PKSK Bahagian B meliputi kecerdasan intelek, pengetahuan am dan penyelesaian masalah.

Tempoh masa soalan PKSK Bahagian A & B ialah 90 minit.  Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris

Bahagian C – Artikulasi Penulisan 10%

Soalan PKSK Bahagian C merupakan ujian bertulis iaitu:

  • Penulisan esei 100 patah perkataan bagi Tingkatan Satu, 250 patah perkataan bagi Tingkatan Empat
  • 45 minit dalam Bahasa Melayu.

CONTOH SOALAN PKSK ARTIKULASI PENULISAN (UPDATED 13/10/2020)

Soalan Artikulasi Penulisan PKSK adalah penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Murid disarankan untuk membuat latihan penulisan Bahasa Melayu seperti persediaan untuk UPSR sebelum ini. SILA BAWA PEN!

NOTA : Icon 😎😎 bermaksud soalan ini telah keluar semasa PKSK minggu ini.

Antara topik ramalan Artikulasi Penulisan PKSK ialah:

  1. Ceritakan pengalaman atau aktiviti semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 😎😎
  2. Apakah wabak Covid 19 dan bagaimana menghindari wabak tersebut 😎😎
  3. Bagaimana mengatasi masalah sosial remaja? 😎😎
  4. Apakah kesan buruk gajet kepada remaja?
  5. Ceritakan pengalaman percutian anda yang paling seronok.
  6. Apakah kesan buruk pandemik Covid 19?
  7. Apakah kebaikan dan keburukan media sosial kepada kanak-kanak dan remaja?
  8. Bagaimanakah anda meneruskan pembelajaran online semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? 😎😎
  9. Apakah pengalaman paling manis yang pernah anda alami dalam hidup anda? 😎😎
  10. Topik bencana alam 😎😎
  11. Huraian peribahasa Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat Dibalas Jahat 😎😎
  12. Jika anda mendapat wang cabutan bertuah sebanyak RM2,000, apakah yang anda akan lakukan? 😎😎
  13. Ceritakan tindakan anda semasa Covid 19. 😎😎
  14. Anda terdampar di sebuah pulau. Apakah tindakan anda? 😎😎
  15. Bagaimanakan didikan agama dapat mengatasi masalah sosial di kalangan remaja? 😎😎
  16. Apakah norma baharu semasa Covid 19? 😎😎
  17. Apakah kemahiran yang anda perolehi semasa tempoh Perintak Kawalan Pergerakan (PKP)? 😎😎
  18. Jika anda diberikan RM100,000, bagaimana cara anda berbelanja secara berhemah? 😎😎
  19. Apakah cara-cara untuk menjaga alam sekitar? 😎😎
  20. Anda diminta mencipta alat untuk menjaga alam sekitar. Apakah alat tersebut dan fungsinya?

* TIPS DARI MURID YANG TELAH BUAT PKSK *

Berikut adalah beberapa tips Artikulasi Penulisan PKSK yang insyaallah berguna untuk calon PKSK yang belum lagi menduduki ujian PKSK.

  • BAWA PEN untuk ujian Artikulasi Penulisan PKSK . Murid diminta menggunakan PEN semasa menjawab soalan esei karangan PKSK Artikulasi Penulisan.
  • Soalan berkaitan Covid 19 / Perintah Kawalan Pergerakan dan cabutan bertuah adalah soalan favorite karangan PKSK Tingkatan 1 setakat ini. Namun anak juga mesti berlatih menulis karangan tajuk-tajuk lain soalan Artikulasi Penulisan PKSK.
  • Sebanyak 3 tajuk soalan Artikulasi Penulisan PKSK yang diberikan. Murid boleh memilih salah satu tajuk tersebut.
  • Soalan Artikulasi Penulisan PKSK tidak sama di pusat PKSK yang berlainan dan tidak sama pada masa / hari berbeza walaupun di pusat PKSK yang sama.

Semoga contoh soalan Artikulasi Penulisan PKSK 2020 yang dikongsi bermanfaat kepada murid yang bakal menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus PKSK.

Saya doakan anak puan / tuan BERJAYA LULUS CEMERLANG UJIAN PKSK dan BERJAYA MASUK SEKOLAH IMPIAN. Doakan untuk anak saya juga. Amin ya Mujib.

PERHATIAN!!

Jika anda mahu COPY atau PRINT contoh soalan Artikulasi Penulisan PKSK di atas, sila lawati post ini di FACEBOOK Tips Mudah Belajar Matematik ==>> KLIK SINI

Anda juga mungkin dapati penulisan sebelum ini tentang PKSK berguna untuk anak anda yang bakal menduduki ujian PKSK.

Semak Tarikh PKSK & Pusat PKSK

Semakan tarikh PKSK terkini boleh dibuat di pautan berikut:

Tingkatan Satu  : https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan Empat : https://spskt4.moe.gov.my

Contoh Soalan Ujian PKSK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *