Apakah PKSK? PKSK adalah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus. Anda mahu lihat contoh soalan PKSK? Teruskan membaca.
Ujian PKSK diperkenalkan pada tahun 2020 sebagai satu cara untuk menilai permohonan murid untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus iaitu:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SKMA)
- Kolej Vokasional (KV)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
KPM telah menetapkan bahawa calon yang berminat untuk memasuki SBP, MTD, SKMA, KV dan SMT bagi ambilan tahun 2021 wajib menduduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
Kaedah penilaian calon sekolah-sekolah khusus melalui PKSK dibuat kerana peperiksaan UPSR dan PT3 tahun 2020 telah dibatalkan akibat pandemik Covid 19. Namun PKSK bukan gantian kepada peperiksaan awam tersebut.
Dahulu permohonan kemasukan ke SBP, MTD, SKMA, KV dan SMT dibuat berasingan. Tahun ini, Pentaksiran Sekolah Khusus (PKSK) dijadikan satu mekanisme saringan pemilihan murid ke sekolah-sekolah khusus secara Single Entry Point.
Sistem Single Entry Point bermaksud permohonan dan kaedah pentaksiran standard untuk semua sekolah khusus dibuat secara berpusat.
PKSK adalah penambaikan kepada Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang sebelum ini diduduki calon yang memohon ke Sekolah Berasrama Penuh.
UKSBP diperkenalkan bermula tahun 2019 dimana murid yang berjaya dalam UKSBP mmpunyai peluang lebih tinggi untuk diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Panduan Format & Komponen Ujian PKSK
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%).
Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) 20%
Soalan PKSK Bahagian A meliputi kecerdasan emosi, rohani dan insaniah
Bahagian B – Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) 70%
Soalan PKSK Bahagian B meliputi kecerdasan intelek, pengetahuan am dan penyelesaian masalah.
Tempoh masa soalan PKSK Bahagian A & B ialah 90 minit. Â Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris
Bahagian C – Artikulasi Penulisan 10%
Soalan PKSK Bahagian C merupakan ujian bertulis iaitu:
- Penulisan esei 100 patah perkataan bagi Tingkatan Satu, 250 patah perkataan bagi Tingkatan Empat
- 45 minit dalam Bahasa Melayu.
Tarikh & Fasa Ujian PKSK
Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus PKSK akan dijalankan secara serentak di semua pusat PKSK yang telah ditetapkan di seluruh negara pada tarikh berikut:
- 12 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu)
- 26 Oktober hingga 6 November 2020 bagi Tingkatan 4 (Empat).
Ujian PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi, di mana setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.
- FASA 1 PKSK : Calon dikehendaki menjawab soalan PKSK Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
- FASA 2 PKSK: Calon perlu menjawab soalan PKSK Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
- Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
Tips Menjawap Soalan PKSK
- SQ, EQ dan SSQ : Pilih jawapan yang PALING POSITIF berdasarkan nilai-nilai murni kehidupan bagi mendapatkan markah paling tinggi.
- IQ dan Pengetahuan Am : Berikan jawapan yang BETUL bagi mendapatkan markah
- Soalan pengetahuan am bagi ujian PKSK boleh rujuk buku teks Sejarah tahun 6 dan berita tentang isu semasa.
Contoh Soalan Ujian PKSK Berserta Jawapan
Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) agak berbeza dari Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) kerana selain daripada soalan EQ, SQ, SSQ, IQ dan Pengetahuan Am, ujian PKSK juga mengandungi soalan Penyelesaian Masalah dan Artikulasi Penulisan.
Berikut adalah contoh soalan PKSK ramalam berdasarkan soalan ujian UKSBP yang dibuat pada tahun sebelum ini.
Contoh Soalan PKSK (EQ, SQ, SSQ, IQ & Pengetahuan Am)
SENARAI CONTOH SOALAN PKSK
(UPDATED 13/10/2020)
1. Labu sayong asal dari negeri mana? – Perak
2. Adat perpatih negeri mana – Negeri Sembilan
3. Siapa pencipta jalur gemilang – Allahyarham Mohamed bin Hamzah
4. Produk keluaran proton – kereta.. wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz
5. Tindakan jika dibuli kawan – buat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa
6. Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda – nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa
7.Siapa pengasas facebook – Mark Zuckerberg
8. Tindakan jika rakan facebook ajak temujanji – menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa
9. Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas – Neil Amstrong
10. Namakan bapa pemodenan Malaysia – Dr. Mahathir Mohamad
11. Huraikan tentang fotosintesis – proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.
12. Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa? – ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising
13. Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu? – Tasik Kenyir
14. Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang – Negeri Melaka
15. Wau dari negeri mana? – Kelantan
16. Pulau Pangkor terletak di mana? – Perak
17. Kaum terbesar di Sabah? – Kaum Kadazan dusun
18. Gelaran buat jaguh lumba basikal negara – The rocket pocketman
19. Nama pemain bolasepak Spanyol – Nacho, Sergio Ramos
20. Soalan-soalan berkaitan tinggal di asrama – Sidai pakaian di mana, berapa kali seminggu cuci pakaian kotor, waktu tidur pukul berapa dan sebagainya.
21. Tarikh penubuhan Malaysia – 16 September 1963
22. Matematik : operasi bergabung, nisbah, Sudoku
23. Kalau rindu ibubapa apa perlu buat – telefon, tulis surat, hantar mesej
24. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda? – memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru displin
25. Apakah nama ibu negara Malaysia – Kuala Lumpur
26. Le Tour De Langkawi – Sukan berbasikal
27. Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa? – minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai
28. Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda? – Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita
29. Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda? – Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda
30. Siapakah pengasas Apple? – Steve Jobs
31. Sela masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) – 18 Mac 2020 – 31 Disember 2020 (5 Bulan)
Fasa 1 : 18 Mac – 31 Mac 2020
Fasa 2 : 1 April – 14 April 2020
Fasa 3 : 15 April – 28 April 2020
Fasa 4 : 29 April – 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKPB) : 13 Mei – 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKPP) : 10 Jun – 31 Ogos 2020
Fasa 7 (PKPP) : 1 September – 31 Disember 2020
32. Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8? – Muhyiddin Yassin
33. Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra? – video masakan
34. Apakah tema Hari Kebangsaan 2020? – Malaysia Prihatin
35. Wabak Covid 19 berpunca daripada apa? – virus Covid 19
36. Wabak Covid 19 mula dikesan di mana? – negara China
37. Siapakah Safawi Rasid ? – bintang bola sepak JDT
38. Safawi Rasid berhijrah ke Portugal sertai kelab apa? – Portimonense SC
39. Apakah maksud zon merah Covid 19 – kawasan positif Covid 19 yang tinggi
40. Siapakah frontliners / petugas barisan hadapan Covid 19 – doktor, jururawat, polis, askar, bomba, sukarelawan, kakitangan hospital / makmal perubatan
41. Apakah banjaran terpanjang di Malaysia – Banjaran Titiwangsa
42. Apakah sungai terpanjang di Malaysia – Sungai Rajang
43. Apakah gunung tertinggi di Malaysia – Gunung Kinabalu
44. Apakah tasik air tawar / semulajadi terbesar di Malaysia – Tasik Bera
45. Apakah tasik buatan terbesar di Malaysia – Tasik Kenyir
46. Apakah planet paling panas – Zuhrah / Venus (planet ke 2 dari matahari)
47. Apakah planet paling sejuk – Uranus
Contoh Soalan PKSK (Penyelesaian Masalah)
Soalan Penyelesaian Masalah PKSK diramalkan mengikut silibus Tahap 2 (Tahun 3, 4 dan 6) untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Murid disarankan untuk membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut sebagai persediaan untuk menduduki PKSK.
CONTOH SOALAN PKSK ARTIKULASI PENULISAN (UPDATED 13/10/2020)
Soalan Artikulasi Penulisan PKSK adalah penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Murid disarankan untuk membuat latihan penulisan Bahasa Melayu seperti persediaan untuk UPSR sebelum ini. SILA BAWA PEN!
NOTA : Icon 😎😎 bermaksud soalan ini telah keluar semasa PKSK minggu ini.
Antara topik ramalan Artikulasi Penulisan PKSK ialah:
- Ceritakan pengalaman atau aktiviti semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 😎😎
- Apakah wabak Covid 19 dan bagaimana menghindari wabak tersebut 😎😎
- Bagaimana mengatasi masalah sosial remaja? 😎😎
- Apakah kesan buruk gajet kepada remaja?
- Ceritakan pengalaman percutian anda yang paling seronok.
- Apakah kesan buruk pandemik Covid 19?
- Apakah kebaikan dan keburukan media sosial kepada kanak-kanak dan remaja?
- Bagaimanakah anda meneruskan pembelajaran online semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? 😎😎
- Apakah pengalaman paling manis yang pernah anda alami dalam hidup anda? 😎😎
- Topik bencana alam 😎😎
- Huraian peribahasa Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat Dibalas Jahat 😎😎
- Jika anda mendapat wang cabutan bertuah sebanyak RM2,000, apakah yang anda akan lakukan? 😎😎
- Ceritakan tindakan anda semasa Covid 19. 😎😎
- Anda terdampar di sebuah pulau. Apakah tindakan anda? 😎😎
- Bagaimanakan didikan agama dapat mengatasi masalah sosial di kalangan remaja? 😎😎
- Apakah norma baharu semasa Covid 19? 😎😎
- Apakah kemahiran yang anda perolehi semasa tempoh Perintak Kawalan Pergerakan (PKP)? 😎😎
- Jika anda diberikan RM100,000, bagaimana cara anda berbelanja secara berhemah? 😎😎
- Apakah cara-cara untuk menjaga alam sekitar? 😎😎
- Anda diminta mencipta alat untuk menjaga alam sekitar. Apakah alat tersebut dan fungsinya?
* TIPS DARI MURID YANG TELAH BUAT PKSK *
PKSK di kawasan yang dikenakan PKPB iaitu Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah ditangguhkan sehingga satu tarikh yang belum ditetapkan. Manakala ujian PKSK di kawasan lain yang tidak terjejas telah berjalan seperti biasa.
Berikut adalah beberapa tips PKSK yang mungkin berguna untuk calon PKSK yang belum lagi menduduki ujian PKSK.
- PKSK Melaka : Matematik ada 5 soalan, Sains 1 soalan, BANYAK SOALAN PENGETAHUAN AM, EQ & IQ
- PKSK Terengganu : BANYAK SOALAN MATEMATIK. Bahasa Inggeris 10 soalan. Sains tak banyak
- Ujian PKSK BOLEH BAWA KALKULATOR. Kalkulator biasa bukan yang saintifik. Kebanyakan soalan matematik adalah pengiraan mudah sahaja dan tidak perlu kalkulator.
- BAWA PEN untuk Artikulasi Penulisan. Murid diminta menggunakan PEN.
KESIMPULAN : Taburan soalan TIDAK SAMA untuk PKSK di negeri berlainan. Ada PKSK yang banyak soalan pengetahuan am, EQ dan IQ. Ada PKSK yang banyak soalan matematik dan bahasa Inggeris. Hafal nama tokoh-tokoh negara. Pastikan anak-anak BERSEDIA untuk ujian PKSK.
Penafian
Jawapan soalan ujian PKSK yang diberikan adalah sekadar panduan. Anda boleh memberikan jawapan sendiri kepada soalan pengetahuan am, menguji emosi dan sebagainya. Harap maklum.
Saya harap contoh soalan PKSK berserta jawapan yang dikongsi bermanfaat kepada murid yang bakal menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus PKSK.
Saya doakan anak puan / tuan BERJAYA LULUS CEMERLANG UJIAN PKSK dan BERJAYA MASUK SEKOLAH IMPIAN. Doakan untuk anak saya juga. Amin ya Mujib.
PERHATIAN!!
Jika anda mahu COPY atau PRINT contoh soalan PKSK beserta jawapan di atas, sila lawati post ini di FACEBOOK Tips Mudah Belajar Matematik ==>> KLIK SINI
Anda juga mungkin dapati penulisan lain tentang PKSK berguna untuk anak anda yang bakal menduduki ujian PKSK.
- Contoh Soalan PKSK Kecerdasan Insaniah & Kecerdasan Intelek (Jawapan)
- Panduan Menduduki PKSK – Panduan Pemakaian & Barang Penting PKSK
- Contoh Soalan Artikulasi Penulisan PKSK 2020 (Esei / Karangan BM)
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus
Pautan Permohonan (7 September 2020 hingga 2 Oktober 2020)
Tingkatan Satu : https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan Empat : https://spskt4.moe.gov.my
Ianya bermanfaat kepada murid tahun 6 yang akan memasuki sbp dan sekolah sekolah khusus
memang sesuai untuk masuk sbp dan sekolah khusus
subscribe penjual cekodok
Saya tahun depan masuk ke sbp.Berbaloi sangat laan web ini.
Bagus
Contoh soalan PKSK Artikulasi Penulisan dikemaskini pada 13/10/2020 berdasarkan input dari calon yang telah menduduki PKSK minggu ini… semoga bermanfaat 🙂