Tips Permohonan SBP | Panduan Format UKSBP & Contoh Soalan UKSBP (Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh) Beserta Jawapan

Apakah UKSBP? UKSBP adalah Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh.

UKSBP mula diperkenalkan bermula tahun 2019 dimana murid yang berjaya dalam UKSBP mmpunyai peluang lebih tinggi untuk diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Contoh Soalan Ujian UKSBP

Apakah bentuk soalan UKSBP dan apakah persediaan yang perlu dilakukan?

Ujian UKSBP dilakukan menggunakan komputer, jadi murid yang akan menduduki ujian UKSBP mesti membiasakan diri menggunakan komputer.

Tempoh UKSBP

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP  dijalankan dengan ketetapan berikut:

  • Tempoh Masa : 90 minit
  • Format Ujian UKSBP  : 50 soalan objektif (meliputi 5 komponen)

Panduan Format & Komponen UKSBP

Soalan-soalan UKSBP berasaskan kepada IQ, EQ dan SQ dan pengetahuan am.

Contoh Soalan Ujian UKSBP

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP merangkumi 5 komponen iaitu:

  1. Kecerdasan Emosi (EQ) – 10 soalan
  2. Kecerdasan Intelek (IQ) – 10 soalan
  3. Kecerdasan Rohani (SQ) – 10 soalan
  4. Kecerdasan Insaniah (SSQ) – 10 soalan
  5. Pengetahuan Am – 10 soalan

EQ mengukur kemampuan emosi sendiri dan terhadap orang lain. IQ mengukur kemampuan intelektual, rasional dan logik

SQ mengukur kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian. SSQ mengukur kemampuan rohani individu

Nota: Komponen di atas adalah daripada UKSBP ambilan tahun 2019 dan tertakluk kepada perubahan daripada KPM untuk ambilan tahun 2021.

Penskoran / Penilaian Markah UKSBP

Penilaian markah ujian UKSBP adalah seperti berikut:

Penskoran SQ, EQ dan SSQ

  • Paling tepat – 4 markah
  • Tepat – 3 markah
  • Kurang tepat – 2 markah
  • Paling kurang tepat – 1 markah

Penskoran IQ dan Pengetahuan Am

  • Betul – 1 markah
  • Salah – 0 markah

Contoh Soalan Ujian UKSBP

Tips Menjawap Soalan UKSBP

  • SQ, EQ dan SSQ : Pilih jawapan yang PALING POSITIF berdasarkan nilai-nilai murni kehidupan bagi mendapatkan markah paling tinggi.
  • IQ dan Pengetahuan Am : Berikan jawapan yang BETUL bagi mendapatkan markah

Contoh Soalan Ujian UKSBP Berserta Jawapan

Contoh Soalan Ujian UKSBP

Contoh Soalan Ujian UKSBP

Contoh Soalan Ujian UKSBP

Contoh Soalan Ujian UKSBP

Contoh Soalan Ujian UKSBP Berserta Jawapan

1. Labu sayong asal dari negeri mana? – Perak

2. Adat perpatih negeri mana – Negeri Sembilan

3. Siapa pencipta jalur gemilang – Allahyarham Mohamed bin Hamzah

4. Produk keluaran proton – kereta.. wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz

5. Tindakan jika dibuli kawan – buat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa

6. Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda – nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa

7.Siapa pengasas facebook – Mark Zuckerberg

8. Tindakan jika rakan facebook ajak temujanji – menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa

9. Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas – Neil Amstrong

10. Namakan bapa pemodenan Malaysia – Dr. Mahathir Mohamad

11. Huraikan tentang fotosintesis – proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.

12. Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa? – ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising

13. Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu? – Tasik Kenyir

14. Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang – Negeri Melaka

15. Wau dari negeri mana? – Kelantan

16. Pulau Pangkor terletak di mana? – Perak

17. Kaum terbesar di Sabah? – Kaum Kadazan dusun

18. Gelaran buat jaguh lumba basikal negara – The rocket pocketman

19. Nama pemain bolasepak Spanyol – Nacho, Sergio Ramos

20. Soalan-soalan berkaitan tinggal di asrama – Sidai pakaian di mana, berapa kali seminggu cuci pakaian kotor, waktu tidur pukul berapa dan sebagainya.

21. Tarikh penubuhan Malaysia – 16 September 1963

22. Matematik : operasi bergabung, nisbah, Sudoku

23. Kalau rindu ibubapa apa perlu buat – telefon, tulis surat, hantar mesej

24. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda? – memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru displin

25. Apakah nama ibu negara Malaysia – Kuala Lumpur

26. Le Tour De Langkawi – Sukan berbasikal

27. Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa? – minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai

28. Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda? – Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita

29. Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda? – Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda

30. Siapakah pengasas Apple? – Steve Jobs

Penafian

Jawapan soalan ujian UKSBP yang diberikan adalah sekadar panduan. Anda boleh memberikan jawapan sendiri kepada soalan pengetahuan am, menguji emosi dan sebagainya. Harap maklum.

Saya harap contoh-contoh soalan UKSBP berserta jawapan yang dikongsi bermanfaat kepada murid yang bakal menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP.

Semoga berjaya!!

PERHATIAN!!

Jika anda mahu COPY atau PRINT contoh soalan UKSBP beserta jawapan di atas, sila lawati post ini di FACEBOOK Tips Mudah Belajar Matematik ==>> KLIK SINI.