Berikut adalah panduan untuk murid yang akan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusu (PKSK) di pusat-pusat PKSK yang ditetapkan.
Jadual Sesi PKSK
Setiap pusat PKSK akan menjalankan 3 sesi PKSK dalam sehari. Berikut adalah jadual sesi PKSK yang diguna-pakai oleh semua pusat PKSK.
PKSK Sesi 1
Waktu Pendaftaran : 7.30 am – 8.00 am (30 minit)
Bahagian C (Artikulasi Penulisan) : 8.00 an –Â 8.45 pagi (45 minit)
Bahagian A & B (Soalan Pelbagai Pilihan Jawapan) : 9.00 – 10.30 pagi (90 minit)
Ujian Tamat : 10.45 am
PKSK Sesi 2
Waktu Pendaftaran : 9.45 am – 10.15 am (30 minit)
Bahagian C (Artikulasi Penulisan) : 10.30 am –Â 11.15 pagi (45 minit)
Bahagian A & B (Soalan Pelbagai Pilihan Jawapan) : 11.30 am – 1.00 petang (90 minit)
Ujian Tamat : 12.45 pm
PKSK Sesi 3
Waktu Pendaftaran : 1.30 pm – 2.00 pm (30 minit)
Bahagian C (Artikulasi Penulisan) : 2.00Â –Â 2.45 petang (45 minit)
Bahagian A & B (Soalan Pelbagai Pilihan Jawapan) : 3.00 – 4.30 petang (90 minit)
Ujian Tamat : 4.45 pm
Terdapat 3 sesi ujian PKSK pada setiap hari. Calon mesti MEMATUHI MASA yang telah ditetapkan pada slip PKSK anda. Kegagalan calon mematuhi masa, akan menimbulkan masalah kepada diri anda sendiri.
Calon yang lewat tidak dibenarkan masuk ke bilik ujian pada waktu tersebut dan perlu menunggu kekosongan pada slot berikutnya, jika ada.
Panduan Pemakaian & Barang Penting PKSK
Berikut adalah beberapa panduan penting semasa menghadiri PKSK.
- Â BAWA SLIP PKSK BERCETAK, KAD PENGENALAN / SIJIL KELAHIRAN semasa hari ujian
- Pakaian adalah PAKAIAN SEKOLAH
- Bawa ALAT TULIS TERMASUK PEN untuk sesi Artikulasi Penulisan. Murid diwajibkan menggunakan PEN untuk menulis karangan.
- Kalkulator dibenarkan dibawa ke pusat ujian PKSK
- Sebarang peranti elektronik (handphone/ipad/tab) kecuali kalkulator tidak dibenarkan.
- Mengambil suhu. Sekiranya bergejala dan suhu melebihi 37.5, waris dan murid akan diminta pulang ke rumah dan memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk tujuan penempatan semula PKSK calon bergejala.
- Hanya seorang waris dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk menurunkan murid dan mengimbas aplikasi mySejahtera.
- Waris dan murid DIWAJIBKAN memakai PELITUP MUKA.
- Waris diminta untuk meninggalkan kawasan sekolah dan datang semula selepas sesi PKSK tamat.